Sejarah Penubuhan Miraclegacy

 

Menurut pengasas Miracle FC Nini Asmidar, 21 tahun, dia mula meminati Mira Filzah (Mira) sejak menonton kisah Dunia Lola dan mengikuti perkembangan Mira sebagai seorang model. Kemudian, Nini dan rakan nya telah membuat satu akaun Instagram khas buat Mira Filzah sekitar bulan Jun 2015.

 

Waktu itu Mira Filzah berlakon sebagai rakan baik kepada Izreen Azminda di dalam drama bersiri Eksperimen Cinta di TV3. Dan kemudian menjadi pengacara bagi satu program agama iaitu Qari Jr.

 

Tetapi selepas seminggu buat akaun Mirafilzahfans di Instagram, rakannya tarik diri kerana perlu mula praktikal dan sangat sibuk. Maka, Nini seorang diri mengendalikannya sehinggalah satu ketika Nini memberanikan diri menghantar mesej kepada Mira di Instagram.

 

Sebelum Mira menerima Mirafilzahfans sebagai kelab peminat rasmi, Mira banyak beri soalan kepada Nini. Mira seorang yang berhati-hati kerana sebelum ini telah banyak orang mengambil kesempatan menggunakan namanya untuk meraih keuntungan dengan cara penyamaran.

 

Selepas itu, Nini yang masih bergelar seorang pelajar universiti mencari 4 orang lagi untuk membantu mengendalikan akaun media sosial yang lain sekitar akhir bulan Jun 2015. Mereka yang terpilih adalah Fara, Hana, Jannah dan Lin.

 

Nama Miracle FC Dipilih

 

  Semua pengasas dan pengasas bersama berbincang tentang nama kelab ini sebelum propose kepada Mira.

 

“Nama Miracle tercetus apabila salah seorang dari kami ternampak background picture di Twitter Mira, yang tertulis perkataan ‘Miracle’. Memandangkan perkataan tersebut juga terselit nama Mira, dan mudah utk disebut dan diingati, maka kami sepakat untuk menggunakan nama tersebut,” jelas Fara.

 

Selang sehari selepas perbincangan itu, Mira setuju dengan nama Miracle ini. Dan bermulalah satu kempen untuk menarik peminat-peminat Mira Filzah menyertai Miracle FC. Tapi waktu itu, mereka belum menukar nama baru ini kerana mahu lakukan kejutan buat semua peminat Mira Filzah.

 

Exco Miracle FC

 

Pada 11 Julai 2015, tepat jam 3 petang, Miracle FC dilancarkan di Instagram dan Twitter serentak. Kelab turut membuka tawaran kepada para peminat yang mahu menjadi exco Miracle FC. Ini adalah cadangan Hana dan Fara bagi memantapkan lagi organisasi kelab.

 

15 orang dipilih menjadi exco pertama Miracle FC. Mereka adalah peminat tegar Mira Filzah. Dari segi keaktifan, Hana mula aktif semasa drama bersiri Cinta Si Wedding Planner bersiaran di TV3. Sebelum itu, Instagram Miracle FC dikendalikan oleh Nini dan Fara, Twitter dikendalikan oleh Lin, dan Jannah mengendalikan Whatsapp.

 

Pemilihan exco batch kedua pula dilakukan pada penghujung tahun lalu. Ini bertujuan untuk menyokong perjalanan kerjaya Mira Filzah yang semakin cerah pada waktu itu.

 

Aktiviti Pertama Pemangkin Semangat

 

Sambutan untuk jadi exco Miracle FC itu amat menggalakkan dan mereka berjaya mengumpulkan segelintir peminat Mira menjelang hari raya.

 

Pada hari raya, minggu pertama, Miracle FC mengadakan satu cabaran iaitu men’trending’kan telefilem ‘Abang Beduk’. Alhamdulillah, dengan kerjasama kesemua admin dan exco, telefilem itu menjadi trending.

 

“Trending Abang Beduk itu menjadi langkah pertama kami untuk terus maju dan support Mira,” kata Fara lagi.

 

Semakin hari semakin ramai peminat Mira Filzah yang follow Instagram dan Twitter Miracle FC. Itulah cara menyertai Miracle FC. Peminat hanya perlu follow Miracle agar tidak terlepas updates.

 

Miracle juga telah membuka 3 buah Whatsapp Group untuk peminat Mira. Pertama pada Julai 2015, kedua pada Januari 2016 dan ketiga pada Februari 2016. Ia dibuka untuk semua peminat tetapi tempatnya terhad. Jadi siapa cepat, dia dapat.

 

“Kami berlima berusaha menubuhkan Miracle FC supaya lebih maju untuk membawa Mira Filzah di persada antarabangsa, InshaAllah. Bukan itu sahaja, semoga Miracle ini bukan sekadar fan club, tetapi ia juga adalah satu benchmark untuk Mira lebih sukses,” terang Hana.

 

Selepas Abang Beduk, Miracle bergerak menganjurkan majlis finale untuk drama bersiri Cinta Si Wedding Planner bersama Adi Putra dan Mira Filzah, dan menghantar penyokong untuk Anugerah Meletop Era.

 

Foto: Acan Mamat Facebook Group Mira Filzah - Miracle FC [1]

 

 

Foto: Acan Mamat Facebook Group Mira Filzah - Miracle FC [1]

 

Dan terbaru menjayakan kejutan majlis hari jadi istimewa buat Mira Filzah yang diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam baru-baru ini.

 

 

Foto: Acan Mamat Facebook Group Mira Filzah - Miracle FC [1]

 

mira filzah fans

 

Selain maklumat terkini tentang Mira Filzah dikongsikan di Instagram Miracle FC, mereka turut menyediakan produk-produk berasaskan Mira Filzah seperti buku nota Cinta Si Wedding Planner, baju-T, novel Cinta Si Wedding Planner yang mempunyai tandatangan Mira Filzah dan sebagainya.

 

Miracle FC turut mempunyai cawangan mengikut negeri iaitu Miracle FC Pahang, Miracle FC Sabah, Miracle FC Kedah, Miracle FC Selangor dan Miracle FC Perlis. Lain-lain negeri akan menyusul kemudian selepas mendapat kebenaran rasmi dari Miracle FC. Ini adalah salah satu usaha Miracle FC mengumpul dan merapati para peminat Mira Filzah di seluruh pelusuk negeri di Malaysia.

 

Anugerah Buat Mira Filzah

 

Pada 28 Februari 2016 yang lalu, Mira Filzah telah berjaya memenangi anugerah pertamanya di dalam industri hiburan iaitu Anugerah Artis Baharu Meletop di Anugerah Meletop Era 2016.

 

 

Sekarang Miracle FC fokus untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian dimana Mira Filzah dicalonkan dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular dan Anugerah Pilihan Online untuk dua kategori iaitu Aktress Terbaik Pilihan Online dan Wanita Anggun Pilihan D’Nars.

 

Begitulah kisah perjalanan kelab peminat Mira Filzah, Miracle FC. Selama ini saya fikir Miracle itu adalah gabungan nama ‘Mira Filzah’ dan ‘Circle’ bermaksud orang yang selalu berada di sekelilingnya. Dan logo berbentuk berlian dipilih kerana melambangkan ia begitu berharga. Jangan disia-siakan.

 

Kredit : The Vocket

DSC_8357 (Medium)
DSC_7030 (Medium)
DSC_5914 (Medium)

Sasaran 3 Tahun Akan Datang (2019)

 

Miracalegacy mempunyai 500 ahli berdaftar di Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Indonesia.

 

Ahli jawatankuasa yang terlibat akan diberi elaun khas untuk tugas-tugas membangunkan Miraclegacy.

 

Berdaftar secara sah dengan ROS.

 

Aktif dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kesukanan sekurang-kurangnya setahun 3 kali.

 

Mempunyai follower terkumpul sebanyak 200,000 di media sosial (ig,twitter,facebook)

 

Mempunyai pendapatan sendiri dari bisnes yang dijalankan.

 

Pentadbiran Miraclegacy lebih teratur dan mempunyai ahli pasukan.

Serta Miraclegacy

Daftar Ahli dan sertai pelbagai aktiviti menarik.